AKUAN

Semua maklumat/gambar adalah milik tuan/puan yang asal.

Akta Perlindungan Saksi (whistleblower)

Kesalahan mendedahkan fail rahsia adalah satu kesalahan juga walaupun untuk mendedahkan satu kesalahan lain, sekiranya memang termaktub perjanjian/undang2 menyatakan bahawa mendedahkan fail rahsia adalah satu kesalahan.

Robin Hood walaupun merompak orang kaya (yang dikatakan mengenakan cukai melampau pada orang biasa), dan mengagihkan semula kepada orang biasa, dia masih lagi dikatakan melakukan kesalahan

Pihak pendakwa jika mendapati ada unsur keraguan yang cenderung kepada wujudnya kesalahan, seharusnya buat satu kaedah macam mana yang selalu dibuat di US/Eropah macam yang digambarkan dalam filem2 mereka. Mereka tidak akan didakwa atas kesalahan mendedahkan fail rahsia, jika mereka sanggup menjadi saksi untuk kes yang ada ptunjuk, kecenderungan wujudnya kesalahan tersebut.

Cumanya, mengikut persembahan powerpoint ni, Malaysia, walaupun ada akta perlindungan pemberi maklumat (whistleblower), tetapi ianya tertakluk kepada mereka yang melalui prosedur yang betul (no wrong door policy) [slide 10]. Jadinya, dia boleh didakwa.

Apa pro dalam hal ni? 1. Perlindungan sebaik sahaja melaporkan salah laku bersama bukti oleh pemberi maklumat.
2. Membesarkan peluang untuk sesiapa yang mengetahui adanya salah laku beserta bukti kepada pihak berkuasa.

Con
1. Ia tidak berjalan dengan lancar sekiranya didalam jabatan/pihak berkuasa sendiri ada hubungan kait dengan pihak yang dilaporkan, iaitu,
                  a. Kerahsiaan saksi mungkin terbongkar.
                  b. Laporan salah laku akan dianaktirikan, dibakulsampahkan.
2. Akibat wujudnya no 1, ataupun persepsi mengenainya, kesalahan akan dibongkarkan kepada yang tidak berkuasa, lalu menyebabkan akta ini tidak melindunginya. Malahan mungkin akan diambil tindakan jika melakukan kesalahan dalam organisasi.

Penambah baikan?
1. Untuk membesarkan ruang lingkup daripada hanya kepada pihak berkuasa sahaja.
2. Pembanterasan rasuah dalam jabatan berkuasa sendiri untuk elakkan adanya 'orang dalam' pihak lain dalam jabatan berkuasa.

http://www.nre.gov.my/ms-my/PusatInformasi/KampusNREExecutiveDiscourse/AKTA%20PERLINDUNGAN%20PEMBERI%20MAKLUMAT%202010,%20AKTA%20711.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mari karutkan sesuatu..